Khamis, 11 September 2008

Dalami Al-Quran Untuk Peroleh Ilmu Pengetahuan, Kata Perdana Menteri

Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:


1. Meninggalkan solat.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari
salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu
sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan
Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)




UMAT Islam perlu mengetahui bahawa ada lima waktu yang dimakruhkan untuk solat tanpa sebab, iaitu selepas Asar, selepas Subuh, waktu tepat jatuh matahari, terbit atau terbenamnya matahari.

Bagaimanapun, untuk melakukan solat yang bersebab seperti mengqada solat sunat rawatib atau kerana gerhana atau untuk menyembahyangkan jenazah, maka waktu itu tidak dimakruhkan.

Antara rahsia larangan itu adalah untuk menjaga supaya tidak sama dengan penyembah matahari yang mungkin menimbulkan daya penarik atau perbuatan ke arah itu. Jadi, membiarkan waktu itu berlalu terlebih dulu adalah sebagai tambahan perhatian serta perintah bagi menjaga kesucian Islam.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah sembahyang dua rakaat selepas Asar, lalu baginda ditanya: “Bukankah Tuan melarang kita untuk bersembahyang pada waktu ini?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Dua rakaat yang saya sembahyang itu tadi semestinya saya lakukan selepas Zuhur, tetapi saya sibuk kerana ada perutusan yang datang.”

Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. itu apabila tertidur atau sakit, sehingga pada malam harinya itu tidak sempat bangun, maka baginda selalu bersembahyang untuk yang ditinggalkan itu pada permulaan hari sebanyak 12 rakaat.”

Oleh itu, barang siapa yang meninggalkan sesuatu wirid kerana keuzuran, janganlah memberikan keringanan kepada dirinya untuk terus meninggalkan perbuatan itu tetapi hendaklah dipenuhi pada waktu lain.

Langkah itu bagi memastikan diri kita tidak dibiasakan dengan kelalaian, meninggalkan atau memandang mudah saja. Jadi, memenuhinya itu amat baik dengan tujuan untuk menggiatkan diri dan melakukan secara tetap dan tertib supaya menjadi amalan berterusan.

Berikut adalah beberapa masalah yang perlu diketahui mengenai solat:

Sedikit perbuatan, sekalipun tidak membatalkan solat hukumnya makruh, melainkan jika ada keperluan. Contohnya, menolak orang yang hendak berjalan di depannya, membunuh kala atau keinginan untuk menggaru gatal pada tubuh yang mengganggu kekhusyukan.

Ketika seseorang itu menguap, tidak mengapa jika meletakkan tangan di mulutnya. Jika bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah dalam hati saja dan tidak menggerakkan lidah, manakala apabila sendawa, janganlah mengangkat kepala ke atas.

Jika berjemaah dan hanya ada seorang makmum saja, disunatkan seseorang itu berdiri di sebelah kanan imam dan berada di belakangnya sedikit. Kalau makmum hanya seorang wanita, maka hendaklah berdiri tepat di belakang imam. Jika dua orang makmum, seorang lelaki dan seorang perempuan, maka si lelaki berdiri di sebelah kanan imam seperti di atas dan wanita pula di belakang makmum lelaki itu.

Bagi makmum masbuq yang sempat bersolat pada akhir perbuatan dalam solat bagi imam, maka itu dianggap permulaan solatnya. Dia perlu menyesuaikan amalannya dengan amalan imam itu dan hendaklah meneruskan secara sendirian apabila imam selesai.

Dalam solat Subuh, makmum masbuq hendaklah membaca doa qunut sekali lagi sekalipun sudah mengikut imam membacanya pada rakaat sebelum itu. Jika mendapati imam sudah berdiri, maka jangan memulakan solat dengan membaca doa Iftitah sebaliknya terus membaca al-Fatihah.

Asal-usul Sembahyang

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:-
Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:-
Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:-
Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:-
Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun.




HAL BERKAITAN DENGAN SOLAT

Sekiranya imam rukuk pada hal dia belum selesai membaca al-Fatihah, tetapi mengagak mampu menyusul imam ketika iktidalnya dari rukuk selepas itu, maka lebih baik bacaan al-Fatihah diselesaikan saja. Tetapi, sekiranya tidak dapat menyusul imam, maka baiklah mengikut amalan imam dan terus rukuk.

Jadi, sekalipun hanya sempat membaca sebahagian saja al-Fatihah, gugur kewajipan membaca keseluruhannya kerana kemasbuqan makmum berkenaan. Seterusnya, apabila makmum datang ketika imam dalam keadaan sujud atau bertasyahhud, maka dia hendaklah terus bertakbiratul ihram lalu duduk.
_________________
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"



ﻪﺗﺎﮐﺭﺑﻭﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻭﻢﻛﻴ�» ﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
Subject: Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di
sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu.

Mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

ﻢﻼﺳ

Hati yg sudah hitam tak kan baca posting ini - malaysiakini

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang posting ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.







KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu malam meminta umat Islam membaca serta mendalami isi kandungan al-Quran bagi mengetahui ilmu pengetahuan menerusi ayat yang diturunkan.

Di samping itu, kata Perdana Menteri, al-Quran juga hendaklah dibaca dan difahami dengan menggunakan tafsir al-Quran bagi mereka yang tidak memahami bahasa Arab.

"Lagi kita berilmu, lagi kita memuji kebesaran Allah S.W.T. Al-Quran juga mengandungi asal kejadian manusia daripada Nabi Adam a.s sehingga rasul terakhir Nabi Muhammad S.A.W," katanya ketika merasmikan Tilawah al-Quran Badan Perhubungan Umno negeri Melaka di Masjid Al-Alami, di sini Rabu malam.

Terdahulu, Abdullah yang juga Presiden Umno mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Beliau turut berbuka puasa bersama pemimpin Umno Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.

TP - Alhamdulillah...

Tiada ulasan: