Rabu, 10 September 2008

Apakah itu Radio Amatur?

Ada sesapa diantara rakan-rakan semua dah menjadi operator radio amatur, sedikit maklumat untuk dikongsi:-

Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?

Apakah Radio Amatur.Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur bermula dengan perkhidmatan radio komersil.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung daridxExpedition mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau menggunakan isyarat radio yang dipancarkan ke bulan dan dipantulkan semula ke bumi kepada lokasi yang telah anda tuju. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar melalui isyarat radio. Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dengan hobi radio amatur, bukan sekadar apa yang dinyatakan malah ia berkembang mengikut kemajuan semasa.

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada jangka masa, lokasi atau jumlah pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini bersama.

Berapa yang harus saya perlukan untuk menyertai hobi ini?

Sebuah radio bimbit yang baru lebih kurang harganya dengan TV janama biasa yang bersaiz 19 inci. Manakala radio yang lebih besar dan mempunyai lebih fungsinya kurang dari harga sebuah kumputer meja.

Peralatan RadioSelain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau "Ham Radio"�, anda boleh membuat satu unit "Radio"� anda sendiri.

Dimana dan siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Jika anda ada masa cuba merisik kalau ada Kelab Radio Amatur yang berdekatan dengan kediaman anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai Laman Web mereka sendiri sepeerti MARES (http://www.mares.org.my/), ASTRA (http://www.astra.org.my/), PERAMAH (http://www.peramah.org.my/v2/), NESRAC (http://www.nesrac.org/), PEMANCAR (http://www.pemancar.org/) dan MARTS (http://www.marts.org.my/) yang mengandungi banyak maklumat aktiviti semasa.

Apa yang perlu untuk saya menjadi seorang Radio Amatur?

Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9W6 dan 9w8 untuk Sabah serta Sarawak.

Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9M6 dan 9M8 untuk Sabah serta Sarawak.

Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan tersebut?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan. Layari laman MCMC (http://www.cmc.gov.my/) untuk alamat yang berdekatan dengan anda di Lokasi MCMC.

Tiada ulasan: